Monday, May 31, 2010

Little Bean Bottle Sterilizer

Alat ini mensterilkan botol dan puting susu dengan stim. Hanya 90 ml air suling diperlukan untuk membasmi kuman dan cendawan yang selalu terkumpul pada lekuk dan lubang yang terdapat pada botol, penutup dan puting.

Harga pasaran untuk kit jenama ini RM199.90 (survey kat Jusco). Tapi saya beli di kedai aksesori baby kat LittleWhiz, Setia Alam dengan harga RM149.90 - selepas diskaun monthly sale + baucer diskaun RM10.00. Terasa amat berbaloi-baloi. Yang lagi best, hari ini (31/5/2010) adalah last day sale. Mujur sempat berkunjung dan masih ada stok!

Cara operasinya mudah saja. Hanya tuang air bersih (air suling, bukan bermineral) dalam piring stainless steel di dasar bekas. Kemudian susun botol (tanpa penutup dan telangkup) dalam loyang - maksima 6 botol. Kemudian susun puting dan penutup dalam loyang yang atas satu lagi. Pastikan susunan menelangkup ke bawah agar eksesori yang di steril tidak mengumpul wap yang telah terkondensasi (wap yang telah sejuk).

Kemudian, tutup bekas, plug-in, dan onkan. Itu sahaja. Dia akan offkan sendiri setelah habis air menjadi stim. Biarkan botol-botol sejuk dalam sterilizer sebelum digunakan. Kalau nak bagi lagi cepat kering dan sejuk, bolehlah keluarkan dengan menggunakan penyepit botolnya dan letakkan atas rak pinggan atau seumpamanya.

Tip:- Elakkan pakai air bermineral untuk sterilize, sebab lama-kelamaan mineral yang tersejat akan meninggalkan kesan kristal / karat / comot pada permukaan plastik botol, terutama pada alur skru di leher botol. Pakai air paip yang bertapis biasa pun boleh. Satu lagi peringatan, sebelum sterilize, semua aksesori penyusuan kena dibasuh dan dibilas bersih dahulu. Jangan steril botol dengan ada kerak susu basi pulak!

First

Mamafiross blog is officially created today - Monday, 31 May 2010.