Friday, January 10, 2020

8 weeks - Complete Miscariage


Kandungan Ketujuh Yang tidak dirancang


Bermula pada tanggal 23 Disember 2019, aku mengalami bleeding. Oleh kerana kerisauan apa pula yang akan kuhadapi ini. Aku menghubungi Doktor yang menjalankan laparscopy operations kepadaku 4 bulan yang lepas.

Doktor menyarankan aku untuk melakukan ujian kehamilan (UPT Test) sendiri dirumah. Sekiranya positif aku diminta ke hospital untuk melakukan ujian ultrasound untuk memastikan kandungan bukan luar rahim. Setelah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah, ujian menunjukkan aku positif mengandung.

Pada 26 Disember 2019, aku mengalami spoting bleeding lagi dan aku membuat keputusan untuk rujuk ke hospital untuk melakukan ujian ultrasound. Setelah berjumpa doktor dan melakukan ujian ultrasound doktor mengesahkan kandungan aku dalam rahim. Alhamdulillah hilang satu kerisauan.

Tetapi timbul kerisauan lain pula ini kerana aku masih bleeding dan ada sedikit rasa tidak selesa pada luka pembedahan yang lepas. Doktor menyarankan aku untuk banyakkan rehat. Doktor menetapkan temujanji pada 9 Januari 2020 untuk melakukan ujian ultrasound lagi untuk melihat perkembangan janin yang terlalu kecil ketika itu.

8 Weeks Complete Miscariage


Pada 2  Januari 2020, aku mengalami bleeding dan sakit. Aku masih pergi kerja seperti biasa. Cuba mengurangkan pergerakan. Pada 3 Januari 2020, bleeding agak banyak ditambah sakit yang agak kuat juga. Aku sekali lagi rujuk kepada hopital kerana agak risau. Sekali lagi aku jalani ujian ultrasound untuk memastikan kandungan masih ada atau telah gugur. 

Setelah menjalani ujian ultrasound doktor mengesahkan kandungan masih ada dalam rahim. sekali lagi aku diarahkan untuk bedrest. Doktor menerangkan risiko keguguran ke atas kandunganku. Kandungan aku mungkin tidak sempurna kejadiannya. Oleh sebab itu aku mengalami bleeding dan sakit. Memandangkan operation yang aku dilakukan ke atas aku baru sahaja empat bulan lepas. Risiko kandungan kali ini agak mencemaskan kerana rahim belum bersedia untuk menampung janin.

Pada 5 Januari 2020, jam 2.30 petang sekali lagi aku bleeding yang agak banyak dan berketul. Kerana risau aku pergi ke klinik yang berdekatan untuk membuat kepastian tentang kandungan. Doktor melakukan ujian ultrasound dan mengesahkan kandungan masih ada dalam rahim.

Pada 6 Januari 2020 aku rujuk kepada klinik panel kerana berasa tidak sedap hati. Tujuan juga untuk mendapatkan bekalan ubat yang di dekskripsikan kepada aku oleh hospital. Setelah doktor membuat ujian ultrasound ke atas aku sekali lagi, doktor menerangkan kandungan aku telah mengecut. Hanya Allah yang tahu perasan aku ketika itu. Aku diduga lagi tahun ini untuk menyuci dosa-dosa silamku.

Doktor menyarankan aku untuk lebih rehat dan stop mengambil ubat kuat rahim. Aku diberi cuti sakit untuk berehat. Tetapi aku tetap ke tempat kerja untuk menyelesaikan tugas-tugasku sebelum aku bercuti panjang. Jangkaan aku akan bercuti panjang TEPAT. Selesai aku menyerahkan tugas-tugas yang perlu dilakukan kepada rakan tugas, pada 8 Januari 2020, jam 4 petang kandunganku yang berusia 8 minggu jatuh ketika ingin membuang air kecil.

Sedikit pun tidak terasa jatuhnya ia. Cuma selepas itu aku menoleh ke dalam lubang tandas untuk melihat berapa banyak darah yang keluar. Aku gagahkan diri untuk menyeluk kembali lubang tandas untuk membawa keluar seketul darah yang bulat dan jernih. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan ketika itu. Adakah ini janinku?

Segera menelefon suamiku di pejabatnya untuk memberitahu bahawa aku telah keguguran. Dalam keadaan panik, aku menelefon sahabatku untuk meminta bantuan dan pendapat berkenaan ketulan itu. Kerana aku tiada pengalaman keguguran sebelum ini.

Aku dipapah masuk ke tempat duduk sementara menunggu suamiku datang.

Selesai mengambil anak-anak disekolah dan pengasuh. Suami terus membawaku ke Trauma PPUM.

Trauma PPUM


Aku ditolak atas kerusi roda untuk pendaftaran. Seterusnya menunggu di zon tidak kritikal. Sekitar jam 7.30 malam baru nombor giliranku dipanggil. Seorang Medical Officer lelaki cina, membuat diagnos ke atasku. Seperti tidak biasa mengambil kes keguguran. Berjumpa senior doktor untuk kepastian dan tindakan yang perlu dilakukan kepada pesakit.

Aku diminta untuk ke bilik ultrasound. Seorang Senior Doktor perempuan India dan Medical Officer lelaki cina tadi melakukan ujian ultrasound di perut. Bercakap sesama sendiri tanpa menghiraukan aku yang sakit.

Aku diarahkan untuk mengambil darah dan air kencing untuk dihantar ke makmal. Sekitar jam 8.30 malam. Air kencing diserahkan kepada mereka untuk dihantar ke makmal. Anggaran 1 jam untuk mendapat tahu keputusan darah dan air kencing.

Aku diarahkan untuk menunggu diluar atas kerusi roda. Dalam keadaan perut yang agak memulas, pinggang yang sakit, anak-anak kelaparan, tiada duit tunai di tangan, tiada mesin atm berhampiran. Agak menimbulkan depressi aku.

Sekitar 9.30 malam suamiku bertanya tentang keputusan ujian darah dan air kencing. Diberitahun keputusan sudah ada tetapi kekurangan doktor. Agak kecewa.

Seterusnya sekitar jam  2.30 pagi 9 Januari 2020 baru nombor giliran dipanggil semula. Setelah masuk ke dalam MO bertugas hanya memberitahu akan membuat panggilan kepada doktor pakar Gynea untuk membuat ujian ultrasound dan keputusan ujian darah serta air kencing. Kau rasa aku dah bertukar HIJAU.

Aku rasa sangat STRESS kerana terlalu lama menunggu untuk mengetahui keputusan sama ada aku dah complete miscariage atau tidak.

Selang 10 minit kemudian seorang pembantu doktor datang memanggil namaku untuk membuat ujian ultrasound sekali lagi untuk kepastian doktor pakar yang baru datang pagi tu.

Prosidur perubatan dijalankan keatas aku sekali lagi ujian ultrasound vagina dilakukan untuk melihat sama ada kandungan telah keluar habis atau tidak. Uterus kosong atau penuh darah. Pintu rahim telah tertutup atau masih terbuka.

Waktu ni aku dah rasa sangat lemah dan tidak berdaya, lenguh, letih, penat, mengantuk. Tahap kesabaran memang dah memuncak. Bunga STRESS dah terbit. 

Doktor pakar tu bersuara keras : "puan ini anak keberapa?" "sebab apa puan datang?"

Aku pun mula menahan kemarahan dan memulakan bicara: "saya datang sebab keguguran petang tadi".

Doktor pakar : Oh saya Dr. Vilashini doktor pakar dari Gynea (dengan angkuhnya memperkenalkan dirinya). 

Dalam hati aku kenal kau, sebab prosidur ektopik 4 bulan lepas kau juga yang tandatangan discaj wad aku. Rasa menahan kemarahan dari terburai.

Doktor pakar bertanya lagi: "kenapa waktu ni baru jumpa kami?"

Aku dengan mengumpul kekuatan untuk tidak mengeluarkan air mata ketika berbicara : Doktor saya datang register kat trauma jam 5.30 petang. Jumpa MO jam 7.30 petang. Buat ultrasound, ambil darah, air kencing. Selepas darah dan air kencing diserahlan saya diminta tunggu kat luar duduk atas wheel chair.

Doktor pakar : kenapa tak tanya? Masih dengan angkuh dan bengis nya.

Aku (masih menahan kemarahan) : Suami ada bertanya jam 9.30 malam. jawapan dari dalam kekurangan doktor. keputusan darah dan air kencing dah ada.

Doktor pakar : membeliakkan mata sambil memandang pembantu yang sedang kusyuk menaip di komputer riba. Baru doktor merendahkan suara dan meminta maaf. "Jika call saya dari awal saya datang awal. Saya ada jer kat sini" Jelas doktor pakar.

Selesai prosidur doktor meninggalkan aku untuk mendapatkan kepastian. Baru nak baca rekod perubatan aku. 

Doktor pakar : puan pernah buat laparscopy 4 bulan lepas?

Aku : hanya menganggukkan kepala.

Doktor pakar : okay lepas ni puan kena merancang. puan nak mengandung lagi ker?

Aku : dengan laju menggelengkan kepala.

Doktor pakar : okay lepas ni puan kena pakai protection IUD/injection.

Aku : hanya mengangguk kepala.

Doktor pakar : okay saya bagi MC 2 minggu. Sepatutnya ketulan yang jatuh tu puan kena bawa. Kita nak buat ujian untuk mengetahui sama ada kandungan anggur atau sebagainya.

Aku : hanya menggeleng kepala.

Doktor pakar : okay tidak apa, nanti selepas 3 minggu puan buat ujian kehamilan sendiri di rumah untuk mengetahui kandungan anggur atau tidak. Jika kandungan anggur ujian akan menunjukkan positif. Puan kena datang untuk rawatan lanjut.

Aku : hanya mengangguk kepala.

Pembantu jururawat : Okay puan Nor Haryati, sila check nama, no. ic, tarikh jika betul. Ini MC puan.

Aku : OK.

Aku rasa dah cukup penat dan dah tidak pedulikan orang. Dalam kepala aku nak balik cuci badan dan nak baring atas katil. Cukup la hari ini punya dugaan....😭😭😭😭

Friday, September 6, 2019

Fadzil's Family

Fadzil's Family

Merasa duduk kat Palace Golden Horses Hotel

Selama 14 tahun perkahwinan, mama dan ayah dah dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Anak sulung mama, Hizma dilahirkan pada 11 Mac 2006 dengan berat 2.9kg.

Konvo UPSR 2018

Anak kedua mama, Nijla dilahirkan pada 9 Disember 2007 dengan berat 2.9kg.

Berangan kat Taman Bunga ke?

Anak ketiga mama, Fiross dilahirkan pada 16 Januari 2010 dengan berat 3.2kg. (susah betul nak dapat gambar yang elok)

Abg Fiross & Humam

Pandang kemana amek gambar

Anak keempat mama, Humaida dilahirkan pada 4 September 2014 dengan 3.2kg. 

Gambar sambutan Hari Lahir yg Ke-5 tahun

Anak kelima mama, Humam dilahirkan pada 19 Januari 2017 dengan berat 3.4kg.

Sekejap jer dah besar
Kelima-lima anak-anak mama dilahirkan secara normal dan sihat. Alhamdulillah.

Anak keenam mama, Hilal. Kalau Hilal sihat, Hilal dijangka akan dilahirkan pada April 2020. Tetapi Hilal terpaksa dikeluarkan pada 14 Ogos 2019 kerana Hilal tidak duduk pada kedudukan yang betul untuk terus membesar dalam rahim mama. Mama perlu menjalani pembedahan dengan segera kerana takut memudaratkan mama yang boleh meragut nyawa mama. Maafkan mama Hilal. Mama tidak berdaya nak menyelamatkan Hilal ketika itu. Semuanya berlaku begitu pantas sekali.

Mama, ayah, kakak2 dan abang2 harap dapat jumpa Hilal kat syurga nanti.





Saturday, August 24, 2019

Anak Syurga Mama dan Ayah - Hilal

Hari kesepuluh mama berpantang tanpa baby. Hari ni luka mama macam ada effection sebab bengkak dan mama sakit. Ayah bawa mama pergi klinik Dr Zaini. 

Dr buka jahitan sebab kulit mama tak serasi dengan benang yang dijahit pada luka mama. Dr kata sepatutnya benang tu hancur sendiri. Benang tu dari usus kambing. Dr cuci luka dan tampal dengan kapas. 


Anak mama tunggu mama dan ayah kat syurga ye. Maafkan mama tak dapat sempurnakan seperti yang sepatutnya. 

Anak mama kena dihantar ke makmal untuk diuji mengikut prosedur hospital di mana mama kandung kan anak mama ni tak sampai 6 bulan. Anak mama hanya 8 minggu masa dikeluarkan. 

Mama duduk pantang kat rumah sorang-sorang. Mama perlukan masa untuk bersendirian. Mama masih terkejut sebab kehilangan anak mama. Mama jalani pembedahan laparscopy yang memang tidak pernah terduga. 

Mama nak ingat tarikh ni (14/8/2019-sehari selepas tarikh lahir arwah atuk) di mana anak mama dikeluarkan dari kandungan mama sebab anak mama tak duduk dalam rahim mama. Anak mama tersekat kat tiub fallopio mama tak bole turun ke rahim mama. 

Mama nak bagi anak mama nama. Supaya mama dan ayah boleh ingat. Ayah bagi nama Hilal bermaksud anak bulan. Mama nak bagi nama syurga Firdaus. Tak per selalu memang ayah yang bagi nama pada kakak2 dan abang.

Hilal Bin Fadzil Hafni dilahirkan pada 14/8/2019 hari Rabu, selepas Asar. Anak keenam mama dan ayah.

Friday, August 16, 2019

Ectopic Pregnancy & Laparscopy Operation


Satu perkara yang tidak pernah diduga akan berlaku dalam kehidupan ku.

2/7/19 - First Day Last Period

Mengikut kitaran period disangkakan tarikh ni adalah period 26/7/19 tetapi bleeding rupanya. Patutlah dua hari jer spot darah pada pad yang digunakan. Tidak seperti biasa bila period. Masih tak sedar akan kejadian yang berlaku. 

Selepas menunggu dua hari tiada spot darah. Aku pun mandi hadas la konon nya sebab masih disangkakan aku period. Tarikh ni 28/7/19 memang aku bersih dari spot. Menjalani rutin ibadah seperti biasa. 

Pada 31/7/19 sekali lagi aku dapati ada spot darah pada pad nipis yang dipakai. Dan disangkakan tarikh ni la period sebenar. Rupanya bleeding yang ketara yang aku masih tidak perasan. Ia berlarutan sehingga hari ke 8.

Okaylah cok cok konon dah bersih aku sekali lagi mandi hadas 8/8/19 untuk menjalani ibadah seperti biasa. 

Mula timbul kerisauan apabila pada 9/8/19 sekali lagi aku melihat spot darah pada pad yang dipakai. 

Adakah aku keguguran? Bila mengandung? 

Berbincang dengan suami. Adakah aku dah nak menopause? Ish! Takkan la. 

Okay kita decide Mengikut ajaran islam haid hanya 15 hari. Selepas itu dah dikira sebagai darah penyakit. "Penyakit apa.?" tertanya-tanya sendiri. Jalani kehidupan rutin seperti biasa. Aku decide raya haji nak balik raub ziarah pusara yang lama tak ziarah. Tapi bila keadaan ni berlaku aku berubah fikiran untuk menyambut hari raya di rumah sahaja. 

Still spot muncul pada 10/8/19 disertai dengan sakit seperti senggugut. Malam suamiku akan sapukan krim halia panas disekitar perut dan pinggang. 

11/8/19 Pagi hari raya haji, segalanya berjalan lancar. Suami decide nk berhari raya dengan maknya di rumah adik di Sri Kembangan. Bersiaplah kami anak beranak selepas solat raya bergerak ke Sri Kembangan. 

Sampai waktu Zohor, aku pun bersiap la nak solat zohor. Bersihkan apa yang patut. Sekali lagi aku lihat darah penuh pad liner yang aku gunakan. Aku mula panik. Penyakit apa la yang singgah kali ni. 

Terus bagitau suami darah banyak. Suami minta tanya pada kakak macam mana nak buat. Kakak suggest bersihkan bole solat seperti biasa. Ada sakit tak? "beliau tanya" aku jawab ada gak rasa sakit pada atas ari-ari. 

Jam 4 petang aku dah mula gelisah. "Jom la balik nak baring, tak selesa kat sini" ajak ku pada suami. 

Balik malam tu memang tak makan tak larat dah. Bersih badan salin baju solat baring dok bergolek menahan kesakitan. Suami dok sapu krim halia panas lagi. 

Keesokannya 12/8/19 masih cuti, pagi tu bancuhkan doh bamboloni kononnya untuk anak2 makan minum petang nanti. Sempat la makan sebiji dua. 

Malamnya walaupun dok sakit tak selesa serba tak kena, masak makan malam. Ada lauk lebih konon nk bawa bekal keesokan paginya kan keja. Tapi aku kata nak g klinik la esok. Lauk simpan leh mkn mlm esok. 

Pada 13/8/19 suami tinggalkan aku di Klinik Doktor Zaini seawal 7pg sebab nak hantar humaida ngan humam ke tadika dan pengasuh dulu. 

Jam 8 pagi klinik buka untuk pendaftaran. Aku orang pertama yang daftar ketika itu. Sementara nak tunggu doktor datang jam 9 pagi, aku bagitau nurse jaga kaunter tu untuk pergi minum pagi lu. Nurse tu angguk jer. 

Hampir jam 9 pagi aku masuk semula ke klinik. Duduk xsampai 2 saat, nama ku dipanggil untuk jumpa doktor. 

Bermula la perceritaan ku kepada doktor (bla bla bla). Doktor dah kerut dahi. Doktor minta aku buat UPT (urine pregnancy test) dan ultrasound. 

Doktor sahkan aku positif pregnant.!! 


Double line

Doktor buat Ultrasound pada perut tapi rahim kosong. 

Doktor suspek aku mengandung luar rahim. Doktor arahkan aku terus ke hospital untuk buat ujian lebih detail. 

Surat refer ke Emergency PPUM. 

Sampai di Emergency aku masih berjalan lagi sehingga disaring dikaunter aku minta diberikan wheel chair kerana dah rasa xlarat berjalan. 

Selepas selesai pendaftaran segala. Duduk diruangan menunggu nombor giliran dipanggil. 

Sampai no giliran ku dipanggil, suami menolak wheel chair ke dalma bilik konsultasi. Medical Officer (MO) baca surat refer dan tanya sekali lagi first day last period. Aku pun cerita balik bla bla bla. 

MO tu minta aku buat UPT sekali lagi ditambah dengan ujian darah. Darah ku diambil utk dihantar ke lab bagi mengesahkan betul tak aku pregnant. Ujian mengambil masa 2jam.

Dalam tempoh ni macam-macam dalam fikiran. Cuba utk makan tetapi tidak berselera. Solat zohor. 

Usai solat aku turun semula ke tempat menunggu nombor giliran ku telah dipanggil. Terus masuk ke bilik konsultasi. 

MO confirm aku pregnant berdasarkan result UPT dan ujian darah menunjukkan skala 1500 apa aku xtau, aku positif pregnant. Ectopic Pregnancy. 



Kat cni tersangkut

Ujian ultrasound perut menunjukkan rahim kosong. MO memanggil Doktor On Call Bahagian O&G untuk double confirm. 

Doktor memang suspek kandungan luar rahim.  Ujian Ultrasound vagina dilakukan untuk confirm kandungan luar rahim. 

Aku terpaksa ditahan, Doktor takut salur tiub falopio pecah. Emergency operation akan dilakukan malam ni jugak. 

Aku semakin cemas, apa betul yang aku dengar ni, adakah aku sedang bermimpi? 

Aku ditolak ke wad untuk ujian ultrasound sekali lagi oleh stenographer bertauliah. 

Selepas tu aku ditolak ke wad 10U Menara Utama PPUM jam 4ptg.

Jangkaan aku akan masuk Operatian Theatre (OT) jam 7malam.

Doktor tengah setting OT. Aku naik allergic  bengkak muka. Doktor bagi ubat  Hydrocortisone secara suntikan tak jalan. Doktor tukar bagi ubat makan Chlorpeneramine  4mg.(Piriton). 

OT postpone sbb nk tunggu allergic reda. Doktor pantau sehingga 24jam.

14/8/19 - Hari ni tak der bleeding xder pain..jam 3.30 ptg nurse panggil utk ready turun ke ot. Nurse tolak turun ke OT diiring suami yg kerisauan. Sampai OT tukar baju. Doktor pakar bius datang.. Cerita bla bla risiko dan so on.. Sepanjang prose tukar baju hingga Ditolak ke bilik OT sebenar badan menggigil tanpa henti. Suhu xder la sejuk sgt. mungkin sbb takut & nervous. 


Gambar sebelum ditolak ke bilik OT

Di bilik OT sebenar dr pakar bius dh ready ngan alatan bius. Badan yg menggigil dipasangkan pemanas dan bermacam wayar. 123 gelap xtau apa berlaku.. Sedar Dikejut dan digoyang untuk sedar kembali."puan dah selesai bangun puan, jap lagi kita naik wad,  tarik nafas puan. 


ALHAMDULILLAH aku sedar kembali tp masih mengantuk. Ditolak naik ke wad semula jam 7.MAMAI.

Aku yang masih lalok

15/8/19 - jam 12.30 mlm nurse kejut suruh suami keluar. Tidak bole menunggu wad wanita. Mmg xkasi suami blik sbb takut tgh mlm menggigil sakit.. Tp nurse dh suruh kuar suruh suami tido kt surau. Pasang ngaji terlelap. Kul 2 pg terkejut tetiba badan menggigil sekali lg. Kebetulan nurse lalu check temperature tekanan darah. Ok. Kul 5.30 pg nurse dtg check tekanan darah lg. Nurse lap badan & ganti baju. 

Menunggu doktor datang check, sebab aku masih dipasang bag urine bagaimana nak berjalan. Aku gagahkan diri untuk kuat bangun berjalan ke toilet walaupun hakikat aku takut. 

Terima kasih nurse yang bantu aku nak solat dan ke tandas tukar pad sebagainya. 

Aku dibenarkan pulang selepas jam 5.

Lega dapat balik jumpa anak2 yang dah tiga hari tak jumpa. Rindu Humam 

Abaikan background picture


Thursday, March 10, 2016

Berangan & Mengidam

Assalamualaikum

Sejak Mama berjinak dengan dunia jahitan ni, macam - macam Mama nak buat. Sama lah juga macam masa mula berjinak dengan dunia baking dulu.

Target Mama menjelang hujung tahun hadapan Mama nak memiliki sebuah mesin jahit tepi dan sebuah mesin sulam.

Mama dah order mesin sulam dari keluaran EPAL tak sabar rasanya nak guna mesin sulam ni.


Mesin Sulam Janome - Memory Craft 350E


Mesin Jahit Tepi - My Lock 744D


Tuesday, March 8, 2016

MamaInTheKitchen VS MamaTheTailor

Sejak mengandung anak yang keempat, mama dah mula berhenti baking. Ayah kata tunggu la anak besar sikit. Mama kata "okay".

Kadang aku mula rindu untuk baking. Tapi apakan daya bahan - bahan semua perlu dibeli yang baru. Stok yang ada semua dah berkulat dan expired.

Kadang tu jenguk juga di supermarket, Mak ai!! mahalnya bahan-bahan sekarang. Jadinya pendamkan aja la untuk mula baking.

Suatu hari Mama jalan-jalan kat Tesco Setia Alam. Lama dah booth menjual mesin jahit tu buka rasanya. Mama buat tak tau jer. Tapi hari tu tah macam mana Mama teringin nak dekat booth tu. Penerangan demi penerangan diberi oleh salesgirl. Mama dah mula tertarik dan excited.

Mama pujuk Ayah untuk ambil mesin jahit secara ansuran. Mulanya Ayah berat nak benarkan Mama buat komitmen lagi. Tapi Mama berusaha pujuk Ayah.

Akhirnya Ayah benarkan Mama untuk ambil mesin jahit dengan bayaran deposit RM 200.00 dan ansuran bulanan RM300.00. Harga promosi katanya dari harga RM3699.00 jadi RM2699.00 percuma kelas jahitan selama setahun (dalam pakej ni Mama dapat Mesin Jahit Ringgo + 14/15 Tapak + Extension Table + Set bahan jahitan termasuk bahan untuk kusyen tulip).

Penghujung Januari 2016 memberi Mama perasaan berbunga-bunga dan excited. Bila Ayah kata dah boleh ambil mesih jahit.

31 Januari 2016 bermulalah rutin hujung minggu Mama dimana setiap Sabtu dan Ahad, Mama akan pergi kelas jahit di Pusat Latihan Jahitan Epal Klang.

Hari pertama Mama di kelas jahitan, Zero basic.

Mama diberi tugasan untuk buat sarung Kusyen Tulip yang mengguna teknik Quilting. Wah! Mama bertambah excited.(nanti Mama upload hasil kusyen tulip). Masa nak buat kusyen ni Mama kena beli barang-barang jahitan berharga RM422.60 (dalam set ni ada Embroidery Needle, Cutting Mat, Loop Tunner set, Peniti Patchwork, Magic Pen, Dress Making Scissors, Paper Scissor, Rotary Cutter, Quilting Ruler, Stiletto Awl, Finger Presser)





Okay Mama ni Zero basic kan. Lepas tu Mama di ajak untuk join kelas Beg Jeans (beg jenas tak siap lagi nanti dah siap Mama upload hasilnya ye). Wah! lagi Mama excited.



Mama juga dah belajar Magic Start (Hair Clip dan Key Chain) menggunakan Mesin Sulam Janome memory Craft 350E.(Pic Mama Upload kemudian ye).



Tudung Hanana menggunakan Mesin Jahit Tepi Janome - MyLock 744D. (hasil tudung Mama upload kemudian juga ye).





Dok sembang-sembang dengan tenaga pengajar baru lah Mama faham. Dengan kelas percuma ni peserta perlu complete 12 projek selama 12 bulan untuk dapatkan sijil kemahiran. Satu bulan satu projek la.

Masa tu dah hujung bulan Februari. Mama pun apa lagi gelabah la tertinggal projek untuk bulan Februari. Dengan pantas Mama pun minta nak buat projek bulan Februari dengan beli bahan projek berharga RM113.40.

Okay nak cerita Projek Bulan Februari ni Mama kena buat Skirt Patchwork (ermm apa benda patchwork ni?) Patchwork is pieced work" is a form of needlework that involves sewing together pieces of fabric into a larger design. The larger design is usually based on repeat patterns built up with different fabric shapes (which can be different colors) -meaning by pakcik google.

Dalam bahan projek bulan Februari ni Mama kena buat projek mini iaitu Bag Skirt Patchwork Mini. bermula la sesi mengukur dan memotong kain untuk buat projek ni. (hasilnya nanti Mama upload)







Dah siap projek mini Mama. Bermula la challenge untuk buat projek sebenar. Oleh kerana hendak mengejar date line. Mama meluangkan masa selepas balik kerja menjahit di rumah. Akhirnya Taraa..siap juga projek bulan Februari Mama. Skirt Pacthwork.(Pic upload kemudian)




Sekarang ni Mama tengah pening macam mana nak ukur dan potong kain untuk projek bulan Mac. Oh lupa projek bulan Mac Mama kena buat Seluar Palazzo. Projek mini Arm Awnning (projek mini dah siap nanti Mama upload pic).

Sambung kemudia la ye, banyak pic tak upload sebab Mama tak sempat nak snap lagi.

Friday, August 22, 2014

Menunggu Hari 37w5d

Aku pun buat survey la juga set bersalin ni. kali ni emak xder nak buat aku mandian daun-daun lepas bersalin. Kene la cari alternatif. Nak sedia duit jer la. Nak cari tukang urut. Nak cari tukang jaga lepas pantang...Rasa pilu dimana esok hari ke 40 kedua ibubapaku telah meninggalkan segala harta dunianya.



Tiada lagi deringan telefon dari bapak "bapak rindu" "Nak dengar suara kau" "Nak cakap ngan cucunya"...

Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanMu ini...Tiap kali ku teringatkan kedua ibubapa ku terasa seperti diri ini juga bagai melayang bersama...Jangan lah Kau abaikan aku dengan perasaan yang melampau..sesungguhnya aku sangat RINDUKAN MEREKA....