Wednesday, March 23, 2011

Kenangan Duduk Wad Paediatrik

Kenangan duduk di wad kanak-kanak. Baru berpeluang nak updated blog..Tarikh 18.3.2011-21.3.2011.
Selepas amek darah..muka marah..grrrrr..


Kesian ayah, asalnya nak pegi keje lastly kene cuti kecemasan gara-gara Fiross kene tahan wad.

Gambar ni ayah take turn jaga Fiross mama nak g solat..hehe..


Ni sapa yang sakit sebenarnya..si ayah ker? si anak?Kesian ayah penat keja sana sini..xcukup tido..






Mama nak posing gak..walaupun duduk di hospital..ishhh..





Beransur pulih dan semakin ceria..tetapi masih selsema..demam dah xder...dapat hobi baru la plak main handphone mama...adussss...






Hello..saya dah bole balik sekarang...hehehe..








Mesin yang membantu ubat disuntikan kepada Fiross..bila abis jer..bunyi...bising la mesin ni...hehehe..

Monday, March 21, 2011

21/3/2011

Hari Keempat- seperti biasa pagi doktor akan datang periksa fiross. Pagi Isnin ramai betul nurse pelatih dan doktor pelatih datang. Selepas ubat antibiotik abis dimasukkan selepas sejam, mama bawa fiross pergi toilet wash tukar pampers terlupa yang tangan fiross lum bukak jarum lagi. firos plak nampak air suka sangat main air. habis basah kain pembalut tangan yang ada jarum. mama pun minta nurse pelatih tukar pembalut baru. bukak punya bukak jarum ditangan fiross tercabut. cemas nurse tu. fiross pun pantang orang pegang tangan dia fobia. tapi tak per la dah tercabur tak perlu risau lagi fiross tarik. tapi doktor dah pesan sebelum tu kalau tercabut tak per nanti bagi ubat makan jer. sebab drip air pun dah dihentikan.

drip air fiross telah dihentikan. doktor kata fiross nampak dah okay sikit. fiross dah bole balik hari ini tapi still kene ambil antibiotik sehingga habis setiap lapan jam. hooray!!!! fiross dah boleh balik hari ini. mama pun suka tak terhingga...

mama pun kemas2 nak balik umah tapi mungkin lepas tengahari gak baru selesai urusan ambil ubat dan discaj wad. balik ambil anak2 lain di rumah yong. mama plak sakit tekak yang melampau.lapa nak makan tapi tak bole buat menelan..adussss...

Petang ayah bawa mama pergi klinik wangsa untuk ambil ubat antibiotik lain.kerana kesakitan sangat mama lalukan jugak la telan ubat..Adussss!!

Doktor bagi mama mc dua hari leh mama rehat dirumah disamping memantau kesihatan fiross di rumah.

Sunday, March 20, 2011

20/3/2011

Hari ketiga - macam biasa rutin fiross ubat antibiotik dan drip air.sedut kahak pagi/petang/malam. Tok/Tok Wan/Maksu datang lagi melawat bawa bubur untuk fiross dan mama.

Sejak duduk wad ni sakit tekak mama datang balik. Mama sakit tekak sehinggakan nak telan air liur pun sakit.

Tak banyak yang nak diceritakan sebab rutinnya sama seperti hari sebelum. Ayah dah applykan mama cuti untuk isnin/selasa dan rabu.tapi terpaksa apply manual kerana cuti telah diproratekan so tak boleh la apply online. mama pun menguruskan permohonan cuti dan menghantar email ke pegawai yang meluluskan. tak tau apa citer.

Haha ni yang kelakarnya, ayah tak larat balik umah selepas tengok karton kat wad teman mama konon. lastly ayah tidur sampai ke pagi kat katil mama. tiga orang  tidur atas katil tu.

mama plak xboleh tidur kerana sakit tekak yang melampau. sampai makan panadol baru leh tidur.

Saturday, March 19, 2011

19/3/2011

Hari ini hari kedua, Fiross di wad. Setiap lapan jam Fiross perlu diberi ubat antibiotik yang dimasukkan melalui jarum ditangan fiross. abis ubat dalam sejam sambung drip air semula.

Pampers fiross perlu ditimbang untuk tahu kandungan air dalam badan fiross berkurang bertambah tak?fiross kencing banyak tak?Fiross fobia bila tengok nurse atau doktor datang.

Nurse datang bagitau fiross perlu disedut kahak. mama hantar fiross dalam bilik penyedutan jer, selepas itu mama diminta keluar.Terdengar la tangisan fiross meronta2 kesakitan akibat penyedutan tersebut. selesai disedut fiross diserahkan  semula kepada mama. Sian fiross, mama lap hidung fiross ada kesan darah. gamaknya sedutan tersebut menyebabkan hidung fiross berdarah.

Mama tak larat tengok fiross dalam keadaan macam ni. Tengahari Ayahcik sekeluarga Tok dan Tok Wan datang melawat. bawa bubur untuk fiross. Fiross lapa beriya-iya dia makan. Sian lapa anak mama.

Petang Pak Anjang sekeluarga Atuk dan Nenek plak datang melawat, diaorang baru balik dari kenduri. Kemudian Acik Ju dan Paksu dan Kakak Mizah datang melawat. Ceria la sikit fiross tengok sedara2 dia datang menjenguk.

Lewat petang sikit, Mak long, Pak long, Mak Su dan Kakak Majdah plak datang melawat. Maklong dan maksu belikan fiross belon Pooh dan biskut.Cukup suka la fiross ada makanan kunyah.mama pun rasa lega bila fiross gembira dan tersenyum.

Kesian kat ayah kulu kilir memastikan keperluan mama dan fiross di hospital mencukupi serta keperluan anak2 yang lain yang terpaksa ditinggalkan di rumah Maklong seketika. penat nampaknya ayah.

Friday, March 18, 2011

18/3/2011

Pagi ini macam biasa\ mama bersiap untuk pergi kerja. Tapi pagi nak bawa Fiross ke Hospital dulu. Lepas hantar kakak2 Fiross ke nusery. Ayah hantar mama dan Fiross ke PPUM. Selepas pendaftaran mama diminta untuk menunggu di ruang menunggu untuk diperiksa. 10 minit kemudian, nurse panggil untuk timbang dan ambil sample darah Fiross untuk dihantar ke makmal.

Selepas hantar sample darah mama diminta untuk menunggu semula diruang menunggu sehingga dipanggil. 20 minit kemudian nombor mama dipanggil, doktor periksa Fiross, kemudian tengok result darah Fiross. Doktor kata darah Fiross ada jangkitan kuman. Dada Fiross pun ada bunyi kahak. Fiross pun nampak susah nak bernafas. Doktor suruh pergi buat xray plak.

Mama dan ayah pun bawa lah Fiross pergi buat xray. Selepas buat xray, sekali lagi mama diminta untuk pergi jumpa doktor untuk tahu result xray. Doktor bagitahu paru-paru fiross ada jangkitan kuman. Doktor kata Fiross perlu di tahan di wad.

Sekali lagi mama cemas. Mama tak suka duduk wad bosannnnnn. Doktor minta mama tunggu di luar bilik rawatan untuk menunggu nurse bertugas hantar mama dan fiross ke wad. Tapi Wad masih tiada katil kosong. Buat sementara mama ditahan di wad kecemasan.

Sampai di wad kecemasan fiross perlu dipasangkan jarum untuk drip air dan ubat. nurse minta mama menunggu di luar sementara fiross dipasangkan jarum. Dengar la fiross menangis meronta2. Kesian tapi fiross perlu dapatkan ubat kalau nak sihat.

Selesai jarum dipasang, bermula detik2 fiross perlu drip air.

Mama menunggu dan menunggu jika kalau2 selepas drip ni berjalan beberapa jam kot2 mama dan fiross dibenarkan pulang. tapi anganan mama meleset.Ayah pulang ke rumah untuk ambil baju salin untuk mama dan fiross.

Dalam jam 4.30 petang mama diberitahu bahawa di wad telah ada katil kosong, mama dipindahkan ke Wad Kanak2 (Wad Peadratik 2, Tingkat 3, Menara Timur PPUM).

Bermulalah kehidupan mama dan fiross di wad.

Thursday, March 17, 2011

17/3/2011

Pagi ni Fiross masih demam lagi.Dua mlm kebelakangan ni asyik meragam dan tidak boleh tidur. Batuk, selsema, minum susu sikit muntah. Suhu badan nak turun. Continue makan ubat dari klinik ambil Isnin (14/3/2011).Tapi still hantar nusery.

Sampai depan muka pintu nusery, pengasuh bagitau bahawa hari ini nusery kekurangan pengasuh. Seorang pengasuh telah cuti. Tak sedap hati nak hantar Fiross. Tapi apakan daya mama perlu pergi kerja. Tengahari pergi tengok Fiross di nusery tanya pengasuh dah bagi ubat kat Fiross ker? Sampai Fiross dah makan ubat katanya sedang hendak di tidurkan.

Rasa badan Fiross dah tak panas tapi macam dia susah nak bernafas sikit. Fiross terjaga, nampak mama apa lagi merengek la....Kalau takder apa yang boleh dilakukan Fiross pun tak demam. Mama pulang ke pejabat semula.

Dalam 2.30 petang Mama dapat call dari pengasuh katanya minta ambil Fiross awal. Fiross nangis jer tak berenti. Mama mula risau tak tentu arah. Mama perlu siapkan kerja untuk esok lu.Mujur la, mama boleh siapkan kerja2 tu.tapi masih tergantung kerana masih belum ditandatangan lagi oleh ketua.

Dalam jam 4.00 petang ayah datang ambil mama untuk tengok keadaan Fiross. Sampai di nusery Fiross tidur kepenatan menangis agaknya.. Ayah bawa Fiross sekali lagi ke klinik untuk ambil antibiotik. Doktor sarankan bawa Fiross ke Hospital kerana demam dah masuk hari keempat. Doktor buat surat untuk refer Hospital.

Friday, March 4, 2011

Kek Birthday Mac 2011


Kek untuk adik iparku 5.3.1982


Buat kek untuk kakak ku Siti Zubaidah D.O.B 29.3.1971 tapi tuan punya birthday tak datang so jadi kitaorg makan bagi pihak..hehe..