Pagi ini macam biasa\ mama bersiap untuk pergi kerja. Tapi pagi nak bawa Fiross ke Hospital dulu. Lepas hantar kakak2 Fiross ke nusery. Ayah hantar mama dan Fiross ke PPUM. Selepas pendaftaran mama diminta untuk menunggu di ruang menunggu untuk diperiksa. 10 minit kemudian, nurse panggil untuk timbang dan ambil sample darah Fiross untuk dihantar ke makmal.
Selepas hantar sample darah mama diminta untuk menunggu semula diruang menunggu sehingga dipanggil. 20 minit kemudian nombor mama dipanggil, doktor periksa Fiross, kemudian tengok result darah Fiross. Doktor kata darah Fiross ada jangkitan kuman. Dada Fiross pun ada bunyi kahak. Fiross pun nampak susah nak bernafas. Doktor suruh pergi buat xray plak.
Mama dan ayah pun bawa lah Fiross pergi buat xray. Selepas buat xray, sekali lagi mama diminta untuk pergi jumpa doktor untuk tahu result xray. Doktor bagitahu paru-paru fiross ada jangkitan kuman. Doktor kata Fiross perlu di tahan di wad.
Sekali lagi mama cemas. Mama tak suka duduk wad bosannnnnn. Doktor minta mama tunggu di luar bilik rawatan untuk menunggu nurse bertugas hantar mama dan fiross ke wad. Tapi Wad masih tiada katil kosong. Buat sementara mama ditahan di wad kecemasan.
Sampai di wad kecemasan fiross perlu dipasangkan jarum untuk drip air dan ubat. nurse minta mama menunggu di luar sementara fiross dipasangkan jarum. Dengar la fiross menangis meronta2. Kesian tapi fiross perlu dapatkan ubat kalau nak sihat.
Selesai jarum dipasang, bermula detik2 fiross perlu drip air.
Mama menunggu dan menunggu jika kalau2 selepas drip ni berjalan beberapa jam kot2 mama dan fiross dibenarkan pulang. tapi anganan mama meleset.Ayah pulang ke rumah untuk ambil baju salin untuk mama dan fiross.
Dalam jam 4.30 petang mama diberitahu bahawa di wad telah ada katil kosong, mama dipindahkan ke Wad Kanak2 (Wad Peadratik 2, Tingkat 3, Menara Timur PPUM).
Bermulalah kehidupan mama dan fiross di wad.

No comments:
Post a Comment