Pagi ni Fiross masih demam lagi.Dua mlm kebelakangan ni asyik meragam dan tidak boleh tidur. Batuk, selsema, minum susu sikit muntah. Suhu badan nak turun. Continue makan ubat dari klinik ambil Isnin (14/3/2011).Tapi still hantar nusery.
Sampai depan muka pintu nusery, pengasuh bagitau bahawa hari ini nusery kekurangan pengasuh. Seorang pengasuh telah cuti. Tak sedap hati nak hantar Fiross. Tapi apakan daya mama perlu pergi kerja. Tengahari pergi tengok Fiross di nusery tanya pengasuh dah bagi ubat kat Fiross ker? Sampai Fiross dah makan ubat katanya sedang hendak di tidurkan.
Rasa badan Fiross dah tak panas tapi macam dia susah nak bernafas sikit. Fiross terjaga, nampak mama apa lagi merengek la....Kalau takder apa yang boleh dilakukan Fiross pun tak demam. Mama pulang ke pejabat semula.
Dalam 2.30 petang Mama dapat call dari pengasuh katanya minta ambil Fiross awal. Fiross nangis jer tak berenti. Mama mula risau tak tentu arah. Mama perlu siapkan kerja untuk esok lu.Mujur la, mama boleh siapkan kerja2 tu.tapi masih tergantung kerana masih belum ditandatangan lagi oleh ketua.
Dalam jam 4.00 petang ayah datang ambil mama untuk tengok keadaan Fiross. Sampai di nusery Fiross tidur kepenatan menangis agaknya.. Ayah bawa Fiross sekali lagi ke klinik untuk ambil antibiotik. Doktor sarankan bawa Fiross ke Hospital kerana demam dah masuk hari keempat. Doktor buat surat untuk refer Hospital.
No comments:
Post a Comment