Tragedi 15 Julai 2014 Bersamaan dengan 17 Ramadhan 1435, Emak dan Bapak telah pergi buat selama-lamanya. Emak dan Bapak terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas melawat anak angkatnya di Benta, Raub, Pahang.
Kami adik-beradik, menantu, cucu, sahabat handai serta ahli keluarga yang lain sangat terkejut dan sangat sedih kehilangan kamu berdua. Kami masih terasa senda gurau kamu berdua bila kami pulang ke kampung.
Maafkan kami adik-beradik yang banyak telah menyusahkan kamu berdua...kenangan bersama kamu berdua tidak dapat kami semua lupakan hingga akhir hayat.
Kami semua akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu berdua di sana...
Al Fatihah :
Kenangan selepas pernikahan anakmu..
Sayang Bapak..Sayang Emak..
Mendoakan jodoh anakmu kekal sehingga akhirat..
Kenangan bersama ibubapa mertuaku
Kau serahkan anakmu pada insan yang bergelar suami
Kenangan Hari Raya Aidilfitri tahun 2007
Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2010
Emak Bapak Mama Abah....


