Tuesday, September 27, 2011

Chocolate Indulgence 2nd attempt

Happy birthday buat Cik Maria yang ke twenty something. Preparation untuk kek ni memang kena 3 hari. Kalau emergency order hari ni - nak esok, alamatnya kek roboh.


Mini rose krimwell atas wafer, bersalut coklat berbadam. Khas untuk peminat yang gilakan coklat. Kalau tidak, takkan diberi nama cenggitu dak?



Hirisan keratan rentas, 4 lapis kek diselangi 2 lapisan white chocolate & dark chocolate.

Thursday, September 15, 2011

Marble Caramel Majlis Perkahwinan

Deco semakin advance - 3 lapis kelopak strawberry-kiwi-strawberry. Sebabnya, ini untuk hantaran kahwin rakan sepejabat MamaInTheKitchen iaitu Hidayah & Azim.



Bekas kek ada window, cuma tambah lining ribbon sebagai frame plus bunga butterfly plus bunga ribbon besar punya. Tema - purple lagi.

Sunday, September 11, 2011

Marble Caramel Open House


Masih lagi dalam kemarukkan kek caramel yang tengah hot sekarang ni. Deco ini diilhamkan selepas membelek buku Chef Anuar. Promo kek dibuat oleh anak buah MamaInTheKitchen iaitu Cik Ijah sempena potluck open house di opisnya.

Sunday, September 4, 2011

Marble Caramel Majlis Tunang


Kek sebagai balasan hantaran pertunangan anak gadis Kak Ani 4/9/2011. Bawah pusingan kepingan kiwi tu sebenarnya ada seedless grape. Cabaran dalam nak mendeco kek ini adalah untuk memagari kek bentuk 4 segi dengan jejari coklat, batang coklatnya mudah senget. Tema majlis - purple. Check out the butterfly yang hinggap atas simpulan ribbon tu.