Kandungan Ketujuh Yang tidak dirancang
Bermula pada tanggal 23 Disember 2019, aku mengalami bleeding. Oleh kerana kerisauan apa pula yang akan kuhadapi ini. Aku menghubungi Doktor yang menjalankan laparscopy operations kepadaku 4 bulan yang lepas.
Doktor menyarankan aku untuk melakukan ujian kehamilan (UPT Test) sendiri dirumah. Sekiranya positif aku diminta ke hospital untuk melakukan ujian ultrasound untuk memastikan kandungan bukan luar rahim. Setelah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah, ujian menunjukkan aku positif mengandung.
Pada 26 Disember 2019, aku mengalami spoting bleeding lagi dan aku membuat keputusan untuk rujuk ke hospital untuk melakukan ujian ultrasound. Setelah berjumpa doktor dan melakukan ujian ultrasound doktor mengesahkan kandungan aku dalam rahim. Alhamdulillah hilang satu kerisauan.
Tetapi timbul kerisauan lain pula ini kerana aku masih bleeding dan ada sedikit rasa tidak selesa pada luka pembedahan yang lepas. Doktor menyarankan aku untuk banyakkan rehat. Doktor menetapkan temujanji pada 9 Januari 2020 untuk melakukan ujian ultrasound lagi untuk melihat perkembangan janin yang terlalu kecil ketika itu.
8 Weeks Complete Miscariage
Pada 2 Januari 2020, aku mengalami bleeding dan sakit. Aku masih pergi kerja seperti biasa. Cuba mengurangkan pergerakan. Pada 3 Januari 2020, bleeding agak banyak ditambah sakit yang agak kuat juga. Aku sekali lagi rujuk kepada hopital kerana agak risau. Sekali lagi aku jalani ujian ultrasound untuk memastikan kandungan masih ada atau telah gugur.
Setelah menjalani ujian ultrasound doktor mengesahkan kandungan masih ada dalam rahim. sekali lagi aku diarahkan untuk bedrest. Doktor menerangkan risiko keguguran ke atas kandunganku. Kandungan aku mungkin tidak sempurna kejadiannya. Oleh sebab itu aku mengalami bleeding dan sakit. Memandangkan operation yang aku dilakukan ke atas aku baru sahaja empat bulan lepas. Risiko kandungan kali ini agak mencemaskan kerana rahim belum bersedia untuk menampung janin.
Pada 5 Januari 2020, jam 2.30 petang sekali lagi aku bleeding yang agak banyak dan berketul. Kerana risau aku pergi ke klinik yang berdekatan untuk membuat kepastian tentang kandungan. Doktor melakukan ujian ultrasound dan mengesahkan kandungan masih ada dalam rahim.
Pada 6 Januari 2020 aku rujuk kepada klinik panel kerana berasa tidak sedap hati. Tujuan juga untuk mendapatkan bekalan ubat yang di dekskripsikan kepada aku oleh hospital. Setelah doktor membuat ujian ultrasound ke atas aku sekali lagi, doktor menerangkan kandungan aku telah mengecut. Hanya Allah yang tahu perasan aku ketika itu. Aku diduga lagi tahun ini untuk menyuci dosa-dosa silamku.
Doktor menyarankan aku untuk lebih rehat dan stop mengambil ubat kuat rahim. Aku diberi cuti sakit untuk berehat. Tetapi aku tetap ke tempat kerja untuk menyelesaikan tugas-tugasku sebelum aku bercuti panjang. Jangkaan aku akan bercuti panjang TEPAT. Selesai aku menyerahkan tugas-tugas yang perlu dilakukan kepada rakan tugas, pada 8 Januari 2020, jam 4 petang kandunganku yang berusia 8 minggu jatuh ketika ingin membuang air kecil.
Sedikit pun tidak terasa jatuhnya ia. Cuma selepas itu aku menoleh ke dalam lubang tandas untuk melihat berapa banyak darah yang keluar. Aku gagahkan diri untuk menyeluk kembali lubang tandas untuk membawa keluar seketul darah yang bulat dan jernih. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan ketika itu. Adakah ini janinku?
Segera menelefon suamiku di pejabatnya untuk memberitahu bahawa aku telah keguguran. Dalam keadaan panik, aku menelefon sahabatku untuk meminta bantuan dan pendapat berkenaan ketulan itu. Kerana aku tiada pengalaman keguguran sebelum ini.
Aku dipapah masuk ke tempat duduk sementara menunggu suamiku datang.
Selesai mengambil anak-anak disekolah dan pengasuh. Suami terus membawaku ke Trauma PPUM.
Trauma PPUM
Aku ditolak atas kerusi roda untuk pendaftaran. Seterusnya menunggu di zon tidak kritikal. Sekitar jam 7.30 malam baru nombor giliranku dipanggil. Seorang Medical Officer lelaki cina, membuat diagnos ke atasku. Seperti tidak biasa mengambil kes keguguran. Berjumpa senior doktor untuk kepastian dan tindakan yang perlu dilakukan kepada pesakit.
Aku diminta untuk ke bilik ultrasound. Seorang Senior Doktor perempuan India dan Medical Officer lelaki cina tadi melakukan ujian ultrasound di perut. Bercakap sesama sendiri tanpa menghiraukan aku yang sakit.
Aku diarahkan untuk mengambil darah dan air kencing untuk dihantar ke makmal. Sekitar jam 8.30 malam. Air kencing diserahkan kepada mereka untuk dihantar ke makmal. Anggaran 1 jam untuk mendapat tahu keputusan darah dan air kencing.
Aku diarahkan untuk menunggu diluar atas kerusi roda. Dalam keadaan perut yang agak memulas, pinggang yang sakit, anak-anak kelaparan, tiada duit tunai di tangan, tiada mesin atm berhampiran. Agak menimbulkan depressi aku.
Sekitar 9.30 malam suamiku bertanya tentang keputusan ujian darah dan air kencing. Diberitahun keputusan sudah ada tetapi kekurangan doktor. Agak kecewa.
Seterusnya sekitar jam 2.30 pagi 9 Januari 2020 baru nombor giliran dipanggil semula. Setelah masuk ke dalam MO bertugas hanya memberitahu akan membuat panggilan kepada doktor pakar Gynea untuk membuat ujian ultrasound dan keputusan ujian darah serta air kencing. Kau rasa aku dah bertukar HIJAU.
Aku rasa sangat STRESS kerana terlalu lama menunggu untuk mengetahui keputusan sama ada aku dah complete miscariage atau tidak.
Selang 10 minit kemudian seorang pembantu doktor datang memanggil namaku untuk membuat ujian ultrasound sekali lagi untuk kepastian doktor pakar yang baru datang pagi tu.
Prosidur perubatan dijalankan keatas aku sekali lagi ujian ultrasound vagina dilakukan untuk melihat sama ada kandungan telah keluar habis atau tidak. Uterus kosong atau penuh darah. Pintu rahim telah tertutup atau masih terbuka.
Waktu ni aku dah rasa sangat lemah dan tidak berdaya, lenguh, letih, penat, mengantuk. Tahap kesabaran memang dah memuncak. Bunga STRESS dah terbit.
Doktor pakar tu bersuara keras : "puan ini anak keberapa?" "sebab apa puan datang?"
Aku pun mula menahan kemarahan dan memulakan bicara: "saya datang sebab keguguran petang tadi".
Doktor pakar : Oh saya Dr. Vilashini doktor pakar dari Gynea (dengan angkuhnya memperkenalkan dirinya).
Dalam hati aku kenal kau, sebab prosidur ektopik 4 bulan lepas kau juga yang tandatangan discaj wad aku. Rasa menahan kemarahan dari terburai.
Doktor pakar bertanya lagi: "kenapa waktu ni baru jumpa kami?"
Aku dengan mengumpul kekuatan untuk tidak mengeluarkan air mata ketika berbicara : Doktor saya datang register kat trauma jam 5.30 petang. Jumpa MO jam 7.30 petang. Buat ultrasound, ambil darah, air kencing. Selepas darah dan air kencing diserahlan saya diminta tunggu kat luar duduk atas wheel chair.
Doktor pakar : kenapa tak tanya? Masih dengan angkuh dan bengis nya.
Aku (masih menahan kemarahan) : Suami ada bertanya jam 9.30 malam. jawapan dari dalam kekurangan doktor. keputusan darah dan air kencing dah ada.
Doktor pakar : membeliakkan mata sambil memandang pembantu yang sedang kusyuk menaip di komputer riba. Baru doktor merendahkan suara dan meminta maaf. "Jika call saya dari awal saya datang awal. Saya ada jer kat sini" Jelas doktor pakar.
Selesai prosidur doktor meninggalkan aku untuk mendapatkan kepastian. Baru nak baca rekod perubatan aku.
Doktor pakar : puan pernah buat laparscopy 4 bulan lepas?
Aku : hanya menganggukkan kepala.
Doktor pakar : okay lepas ni puan kena merancang. puan nak mengandung lagi ker?
Aku : dengan laju menggelengkan kepala.
Doktor pakar : okay lepas ni puan kena pakai protection IUD/injection.
Aku : hanya mengangguk kepala.
Doktor pakar : okay saya bagi MC 2 minggu. Sepatutnya ketulan yang jatuh tu puan kena bawa. Kita nak buat ujian untuk mengetahui sama ada kandungan anggur atau sebagainya.
Aku : hanya menggeleng kepala.
Doktor pakar : okay tidak apa, nanti selepas 3 minggu puan buat ujian kehamilan sendiri di rumah untuk mengetahui kandungan anggur atau tidak. Jika kandungan anggur ujian akan menunjukkan positif. Puan kena datang untuk rawatan lanjut.
Aku : hanya mengangguk kepala.
Pembantu jururawat : Okay puan Nor Haryati, sila check nama, no. ic, tarikh jika betul. Ini MC puan.
Aku : OK.
Aku rasa dah cukup penat dan dah tidak pedulikan orang. Dalam kepala aku nak balik cuci badan dan nak baring atas katil. Cukup la hari ini punya dugaan....ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜