Monday, November 28, 2011

Tiramisu Birthday Iqraq


Malam ni nak pegi tido umah Acik Jue kerana En. Fadzil nak pegi outstation ke Sintok esok. Mulai esok anak-anak akan dijaga oleh Cik Non untuk tiga hari. Dan mulai esok juga aku terpaksa berdikari tanpa suami disisi untuk menguruskan anak-anak. Rasa macam nak kene tinggal setahun lak..huhu..

Jadi nak menggembirakan hati malam ni nak sambut besday Pak Su Iqraq. So Happy birthday Pak Su Iqraq. Sambutan diawalkan, sepatutnya 1 Disember.....hehehe... Tiramisu ni pakai original recipe, tak de modified ingredient.

Sunday, November 27, 2011

Tiramisu Ma'al Hijrah 1433


Hari ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah, terciptalah kek keju Mascarpone yang diidamkan sejak 3 bulan lepas.

Resepi asal menggunakan kopi sebagai pencetus rasa, tapi ini ada 2 versi: yang loyang besar perasa Nescafe, yang kecik perasa Milo (sebab anak-anak nak makan).

Texture dia amat gebu dan ringan. Ditambah dengan rasa manis, pahit (serbuk koko + kopi segera), creamy & tak muak sebab dia ringan (tak macam Oreo Cheesecake).
 
Satu adunan selambak penuh mixing bowl, dapat bahagi 2 loyang 8 inci & 6 inci.




Rasa xsaba nak rasa kek tiramisu ni...sampai tido pun mimpi tiramisu...hehehe..seronok baking ni kalau hasilnya memang menggembirakan...

Saturday, November 26, 2011

Kek Lapis With Fresh Fruit



Kek hantaran untuk abang kepada Liyana. Kek lapis bercoklat chip bertatahkan buah-buahan segar yang dipagari kepingan coklat susu. Dipamerkan dalam kotak lutsinar berhias.



Bunga-bungaannya bukan bunga segar. Rama-ramanya pun bukan rama-rama segar.

Wednesday, November 23, 2011

Hati yang lara..

Dekat mana lagi nak luah rasa selain dari luah pada kawan2 dan keluarga terdekat..?Sakit kepala dok fikirkan masalah hati dan perasaan orang...tapi orang tak pernah nak fikirkan masalah hati dan perasaan kita...

Tuesday, November 22, 2011

Brownies with topping Marble Coklat Cheese & Blueberry


 Brownies With Marble Chocolate Cheese & Blueberry Topping
for Ct Aini

Atas permintaan sebiji brownies ada dua rasa. Betul jugak jimat sikit sebiji brownies di toppingkan dengan dua rasa. Sebelah original topping, sebelah lagi di letakkan dengan blueberry filling untuk topping. Ermmm..entah apa lah rasanya..tuan punya badan pun tak pernah rasa lagi..kalau bab makan memang tak puas makan lagi..tapi suami dah jemu dah padahal baru berapa kali jer buat untuk makan..lainnya buat kerana ada tempahan..

 DF Chocolate Cake

Ini pulak kek hadiah untuk Encik Khairul yang telah bertukar ke Pejabat Naib Canselor. Selamat Maju Jaya la..


Keknya nipis jer. Tapi rasanya best..sebab ditopping dengan cream cheese dan disalut topping coklat ganache...pandangan sisi..

Monday, November 7, 2011

Kek for Shidah

Choc-Fenced Fruity Marble Caramel

Adik Shidah bertunang - Bukit Angkasa. Chocolate bar untuk pagar buat pakai Berryl + Dark Choc dalam mould.



Pandangan dari sisi dan belakang. Ribbon organza + butterfly yang pegang choc-fence pada tempatnya.



Design kotak transparency + bunga ribbon + bunga kain + strap ribbon.


Inilah final product dia, delivery pagi tadi ke rumah majlis tunang.

Pavlova Less-Sugar


Resepi asal Pavlova memang banyak pakai gula.


Modified version ni lebih healthy - reduced sugar. Volume adunan dapat sama banyak, tapi diolah supaya dapat dua bahagian. So, kurangkan gula, lebihkan senyuman (buah lah...)

Saturday, November 5, 2011

Pavlova Aidiladha


Kemeriahan Aidiladha dihiasi kemanisan Kek Pavlova.


Sepotong Pavlova ini dipostkan khas buat anak sedaraku Sarah yang meraikan birthdaynya dan Hari Raya Aidiladha di kampung suaminya.