Hari ini hari kedua, Fiross di wad. Setiap lapan jam Fiross perlu diberi ubat antibiotik yang dimasukkan melalui jarum ditangan fiross. abis ubat dalam sejam sambung drip air semula.
Pampers fiross perlu ditimbang untuk tahu kandungan air dalam badan fiross berkurang bertambah tak?fiross kencing banyak tak?Fiross fobia bila tengok nurse atau doktor datang.
Nurse datang bagitau fiross perlu disedut kahak. mama hantar fiross dalam bilik penyedutan jer, selepas itu mama diminta keluar.Terdengar la tangisan fiross meronta2 kesakitan akibat penyedutan tersebut. selesai disedut fiross diserahkan semula kepada mama. Sian fiross, mama lap hidung fiross ada kesan darah. gamaknya sedutan tersebut menyebabkan hidung fiross berdarah.
Mama tak larat tengok fiross dalam keadaan macam ni. Tengahari Ayahcik sekeluarga Tok dan Tok Wan datang melawat. bawa bubur untuk fiross. Fiross lapa beriya-iya dia makan. Sian lapa anak mama.
Petang Pak Anjang sekeluarga Atuk dan Nenek plak datang melawat, diaorang baru balik dari kenduri. Kemudian Acik Ju dan Paksu dan Kakak Mizah datang melawat. Ceria la sikit fiross tengok sedara2 dia datang menjenguk.
Lewat petang sikit, Mak long, Pak long, Mak Su dan Kakak Majdah plak datang melawat. Maklong dan maksu belikan fiross belon Pooh dan biskut.Cukup suka la fiross ada makanan kunyah.mama pun rasa lega bila fiross gembira dan tersenyum.
Kesian kat ayah kulu kilir memastikan keperluan mama dan fiross di hospital mencukupi serta keperluan anak2 yang lain yang terpaksa ditinggalkan di rumah Maklong seketika. penat nampaknya ayah.

No comments:
Post a Comment