Monday, March 21, 2011

21/3/2011

Hari Keempat- seperti biasa pagi doktor akan datang periksa fiross. Pagi Isnin ramai betul nurse pelatih dan doktor pelatih datang. Selepas ubat antibiotik abis dimasukkan selepas sejam, mama bawa fiross pergi toilet wash tukar pampers terlupa yang tangan fiross lum bukak jarum lagi. firos plak nampak air suka sangat main air. habis basah kain pembalut tangan yang ada jarum. mama pun minta nurse pelatih tukar pembalut baru. bukak punya bukak jarum ditangan fiross tercabut. cemas nurse tu. fiross pun pantang orang pegang tangan dia fobia. tapi tak per la dah tercabur tak perlu risau lagi fiross tarik. tapi doktor dah pesan sebelum tu kalau tercabut tak per nanti bagi ubat makan jer. sebab drip air pun dah dihentikan.

drip air fiross telah dihentikan. doktor kata fiross nampak dah okay sikit. fiross dah bole balik hari ini tapi still kene ambil antibiotik sehingga habis setiap lapan jam. hooray!!!! fiross dah boleh balik hari ini. mama pun suka tak terhingga...

mama pun kemas2 nak balik umah tapi mungkin lepas tengahari gak baru selesai urusan ambil ubat dan discaj wad. balik ambil anak2 lain di rumah yong. mama plak sakit tekak yang melampau.lapa nak makan tapi tak bole buat menelan..adussss...

Petang ayah bawa mama pergi klinik wangsa untuk ambil ubat antibiotik lain.kerana kesakitan sangat mama lalukan jugak la telan ubat..Adussss!!

Doktor bagi mama mc dua hari leh mama rehat dirumah disamping memantau kesihatan fiross di rumah.

No comments:

Post a Comment