Sejak mengandung anak yang keempat, mama dah mula berhenti baking. Ayah kata tunggu la anak besar sikit. Mama kata "okay".
Kadang aku mula rindu untuk baking. Tapi apakan daya bahan - bahan semua perlu dibeli yang baru. Stok yang ada semua dah berkulat dan expired.
Kadang tu jenguk juga di supermarket, Mak ai!! mahalnya bahan-bahan sekarang. Jadinya pendamkan aja la untuk mula baking.
Suatu hari Mama jalan-jalan kat Tesco Setia Alam. Lama dah booth menjual mesin jahit tu buka rasanya. Mama buat tak tau jer. Tapi hari tu tah macam mana Mama teringin nak dekat booth tu. Penerangan demi penerangan diberi oleh salesgirl. Mama dah mula tertarik dan excited.
Mama pujuk Ayah untuk ambil mesin jahit secara ansuran. Mulanya Ayah berat nak benarkan Mama buat komitmen lagi. Tapi Mama berusaha pujuk Ayah.
Akhirnya Ayah benarkan Mama untuk ambil mesin jahit dengan bayaran deposit RM 200.00 dan ansuran bulanan RM300.00. Harga promosi katanya dari harga RM3699.00 jadi RM2699.00 percuma kelas jahitan selama setahun (dalam pakej ni Mama dapat Mesin Jahit Ringgo + 14/15 Tapak + Extension Table + Set bahan jahitan termasuk bahan untuk kusyen tulip).
Penghujung Januari 2016 memberi Mama perasaan berbunga-bunga dan excited. Bila Ayah kata dah boleh ambil mesih jahit.
31 Januari 2016 bermulalah rutin hujung minggu Mama dimana setiap Sabtu dan Ahad, Mama akan pergi kelas jahit di Pusat Latihan Jahitan Epal Klang.
Hari pertama Mama di kelas jahitan, Zero basic.
Mama diberi tugasan untuk buat sarung Kusyen Tulip yang mengguna teknik Quilting. Wah! Mama bertambah excited.(nanti Mama upload hasil kusyen tulip). Masa nak buat kusyen ni Mama kena beli barang-barang jahitan berharga RM422.60 (dalam set ni ada Embroidery Needle, Cutting Mat, Loop Tunner set, Peniti Patchwork, Magic Pen, Dress Making Scissors, Paper Scissor, Rotary Cutter, Quilting Ruler, Stiletto Awl, Finger Presser)
Okay Mama ni Zero basic kan. Lepas tu Mama di ajak untuk join kelas Beg Jeans (beg jenas tak siap lagi nanti dah siap Mama upload hasilnya ye). Wah! lagi Mama excited.
Mama juga dah belajar Magic Start (Hair Clip dan Key Chain) menggunakan Mesin Sulam Janome memory Craft 350E.(Pic Mama Upload kemudian ye).
Tudung Hanana menggunakan Mesin Jahit Tepi Janome - MyLock 744D. (hasil tudung Mama upload kemudian juga ye).
Dok sembang-sembang dengan tenaga pengajar baru lah Mama faham. Dengan kelas percuma ni peserta perlu complete 12 projek selama 12 bulan untuk dapatkan sijil kemahiran. Satu bulan satu projek la.
Masa tu dah hujung bulan Februari. Mama pun apa lagi gelabah la tertinggal projek untuk bulan Februari. Dengan pantas Mama pun minta nak buat projek bulan Februari dengan beli bahan projek berharga RM113.40.
Okay nak cerita Projek Bulan Februari ni Mama kena buat Skirt Patchwork (ermm apa benda patchwork ni?) Patchwork is pieced work" is a form of needlework that involves sewing together pieces of fabric into a larger design. The larger design is usually based on repeat patterns built up with different fabric shapes (which can be different colors) -meaning by pakcik google.
Dalam bahan projek bulan Februari ni Mama kena buat projek mini iaitu Bag Skirt Patchwork Mini. bermula la sesi mengukur dan memotong kain untuk buat projek ni. (hasilnya nanti Mama upload)
Dah siap projek mini Mama. Bermula la challenge untuk buat projek sebenar. Oleh kerana hendak mengejar date line. Mama meluangkan masa selepas balik kerja menjahit di rumah. Akhirnya Taraa..siap juga projek bulan Februari Mama. Skirt Pacthwork.(Pic upload kemudian)
Sekarang ni Mama tengah pening macam mana nak ukur dan potong kain untuk projek bulan Mac. Oh lupa projek bulan Mac Mama kena buat Seluar Palazzo. Projek mini Arm Awnning (projek mini dah siap nanti Mama upload pic).
Sambung kemudia la ye, banyak pic tak upload sebab Mama tak sempat nak snap lagi.
No comments:
Post a Comment