Hari kesepuluh mama berpantang tanpa baby. Hari ni luka mama macam ada effection sebab bengkak dan mama sakit. Ayah bawa mama pergi klinik Dr Zaini.
Dr buka jahitan sebab kulit mama tak serasi dengan benang yang dijahit pada luka mama. Dr kata sepatutnya benang tu hancur sendiri. Benang tu dari usus kambing. Dr cuci luka dan tampal dengan kapas.
Anak mama tunggu mama dan ayah kat syurga ye. Maafkan mama tak dapat sempurnakan seperti yang sepatutnya.
Anak mama kena dihantar ke makmal untuk diuji mengikut prosedur hospital di mana mama kandung kan anak mama ni tak sampai 6 bulan. Anak mama hanya 8 minggu masa dikeluarkan.
Mama duduk pantang kat rumah sorang-sorang. Mama perlukan masa untuk bersendirian. Mama masih terkejut sebab kehilangan anak mama. Mama jalani pembedahan laparscopy yang memang tidak pernah terduga.
Mama nak ingat tarikh ni (14/8/2019-sehari selepas tarikh lahir arwah atuk) di mana anak mama dikeluarkan dari kandungan mama sebab anak mama tak duduk dalam rahim mama. Anak mama tersekat kat tiub fallopio mama tak bole turun ke rahim mama.
Mama nak bagi anak mama nama. Supaya mama dan ayah boleh ingat. Ayah bagi nama Hilal bermaksud anak bulan. Mama nak bagi nama syurga Firdaus. Tak per selalu memang ayah yang bagi nama pada kakak2 dan abang.
Hilal Bin Fadzil Hafni dilahirkan pada 14/8/2019 hari Rabu, selepas Asar. Anak keenam mama dan ayah.

No comments:
Post a Comment