Friday, August 16, 2019

Ectopic Pregnancy & Laparscopy Operation


Satu perkara yang tidak pernah diduga akan berlaku dalam kehidupan ku.

2/7/19 - First Day Last Period

Mengikut kitaran period disangkakan tarikh ni adalah period 26/7/19 tetapi bleeding rupanya. Patutlah dua hari jer spot darah pada pad yang digunakan. Tidak seperti biasa bila period. Masih tak sedar akan kejadian yang berlaku. 

Selepas menunggu dua hari tiada spot darah. Aku pun mandi hadas la konon nya sebab masih disangkakan aku period. Tarikh ni 28/7/19 memang aku bersih dari spot. Menjalani rutin ibadah seperti biasa. 

Pada 31/7/19 sekali lagi aku dapati ada spot darah pada pad nipis yang dipakai. Dan disangkakan tarikh ni la period sebenar. Rupanya bleeding yang ketara yang aku masih tidak perasan. Ia berlarutan sehingga hari ke 8.

Okaylah cok cok konon dah bersih aku sekali lagi mandi hadas 8/8/19 untuk menjalani ibadah seperti biasa. 

Mula timbul kerisauan apabila pada 9/8/19 sekali lagi aku melihat spot darah pada pad yang dipakai. 

Adakah aku keguguran? Bila mengandung? 

Berbincang dengan suami. Adakah aku dah nak menopause? Ish! Takkan la. 

Okay kita decide Mengikut ajaran islam haid hanya 15 hari. Selepas itu dah dikira sebagai darah penyakit. "Penyakit apa.?" tertanya-tanya sendiri. Jalani kehidupan rutin seperti biasa. Aku decide raya haji nak balik raub ziarah pusara yang lama tak ziarah. Tapi bila keadaan ni berlaku aku berubah fikiran untuk menyambut hari raya di rumah sahaja. 

Still spot muncul pada 10/8/19 disertai dengan sakit seperti senggugut. Malam suamiku akan sapukan krim halia panas disekitar perut dan pinggang. 

11/8/19 Pagi hari raya haji, segalanya berjalan lancar. Suami decide nk berhari raya dengan maknya di rumah adik di Sri Kembangan. Bersiaplah kami anak beranak selepas solat raya bergerak ke Sri Kembangan. 

Sampai waktu Zohor, aku pun bersiap la nak solat zohor. Bersihkan apa yang patut. Sekali lagi aku lihat darah penuh pad liner yang aku gunakan. Aku mula panik. Penyakit apa la yang singgah kali ni. 

Terus bagitau suami darah banyak. Suami minta tanya pada kakak macam mana nak buat. Kakak suggest bersihkan bole solat seperti biasa. Ada sakit tak? "beliau tanya" aku jawab ada gak rasa sakit pada atas ari-ari. 

Jam 4 petang aku dah mula gelisah. "Jom la balik nak baring, tak selesa kat sini" ajak ku pada suami. 

Balik malam tu memang tak makan tak larat dah. Bersih badan salin baju solat baring dok bergolek menahan kesakitan. Suami dok sapu krim halia panas lagi. 

Keesokannya 12/8/19 masih cuti, pagi tu bancuhkan doh bamboloni kononnya untuk anak2 makan minum petang nanti. Sempat la makan sebiji dua. 

Malamnya walaupun dok sakit tak selesa serba tak kena, masak makan malam. Ada lauk lebih konon nk bawa bekal keesokan paginya kan keja. Tapi aku kata nak g klinik la esok. Lauk simpan leh mkn mlm esok. 

Pada 13/8/19 suami tinggalkan aku di Klinik Doktor Zaini seawal 7pg sebab nak hantar humaida ngan humam ke tadika dan pengasuh dulu. 

Jam 8 pagi klinik buka untuk pendaftaran. Aku orang pertama yang daftar ketika itu. Sementara nak tunggu doktor datang jam 9 pagi, aku bagitau nurse jaga kaunter tu untuk pergi minum pagi lu. Nurse tu angguk jer. 

Hampir jam 9 pagi aku masuk semula ke klinik. Duduk xsampai 2 saat, nama ku dipanggil untuk jumpa doktor. 

Bermula la perceritaan ku kepada doktor (bla bla bla). Doktor dah kerut dahi. Doktor minta aku buat UPT (urine pregnancy test) dan ultrasound. 

Doktor sahkan aku positif pregnant.!! 


Double line

Doktor buat Ultrasound pada perut tapi rahim kosong. 

Doktor suspek aku mengandung luar rahim. Doktor arahkan aku terus ke hospital untuk buat ujian lebih detail. 

Surat refer ke Emergency PPUM. 

Sampai di Emergency aku masih berjalan lagi sehingga disaring dikaunter aku minta diberikan wheel chair kerana dah rasa xlarat berjalan. 

Selepas selesai pendaftaran segala. Duduk diruangan menunggu nombor giliran dipanggil. 

Sampai no giliran ku dipanggil, suami menolak wheel chair ke dalma bilik konsultasi. Medical Officer (MO) baca surat refer dan tanya sekali lagi first day last period. Aku pun cerita balik bla bla bla. 

MO tu minta aku buat UPT sekali lagi ditambah dengan ujian darah. Darah ku diambil utk dihantar ke lab bagi mengesahkan betul tak aku pregnant. Ujian mengambil masa 2jam.

Dalam tempoh ni macam-macam dalam fikiran. Cuba utk makan tetapi tidak berselera. Solat zohor. 

Usai solat aku turun semula ke tempat menunggu nombor giliran ku telah dipanggil. Terus masuk ke bilik konsultasi. 

MO confirm aku pregnant berdasarkan result UPT dan ujian darah menunjukkan skala 1500 apa aku xtau, aku positif pregnant. Ectopic Pregnancy. 



Kat cni tersangkut

Ujian ultrasound perut menunjukkan rahim kosong. MO memanggil Doktor On Call Bahagian O&G untuk double confirm. 

Doktor memang suspek kandungan luar rahim.  Ujian Ultrasound vagina dilakukan untuk confirm kandungan luar rahim. 

Aku terpaksa ditahan, Doktor takut salur tiub falopio pecah. Emergency operation akan dilakukan malam ni jugak. 

Aku semakin cemas, apa betul yang aku dengar ni, adakah aku sedang bermimpi? 

Aku ditolak ke wad untuk ujian ultrasound sekali lagi oleh stenographer bertauliah. 

Selepas tu aku ditolak ke wad 10U Menara Utama PPUM jam 4ptg.

Jangkaan aku akan masuk Operatian Theatre (OT) jam 7malam.

Doktor tengah setting OT. Aku naik allergic  bengkak muka. Doktor bagi ubat  Hydrocortisone secara suntikan tak jalan. Doktor tukar bagi ubat makan Chlorpeneramine  4mg.(Piriton). 

OT postpone sbb nk tunggu allergic reda. Doktor pantau sehingga 24jam.

14/8/19 - Hari ni tak der bleeding xder pain..jam 3.30 ptg nurse panggil utk ready turun ke ot. Nurse tolak turun ke OT diiring suami yg kerisauan. Sampai OT tukar baju. Doktor pakar bius datang.. Cerita bla bla risiko dan so on.. Sepanjang prose tukar baju hingga Ditolak ke bilik OT sebenar badan menggigil tanpa henti. Suhu xder la sejuk sgt. mungkin sbb takut & nervous. 


Gambar sebelum ditolak ke bilik OT

Di bilik OT sebenar dr pakar bius dh ready ngan alatan bius. Badan yg menggigil dipasangkan pemanas dan bermacam wayar. 123 gelap xtau apa berlaku.. Sedar Dikejut dan digoyang untuk sedar kembali."puan dah selesai bangun puan, jap lagi kita naik wad,  tarik nafas puan. 


ALHAMDULILLAH aku sedar kembali tp masih mengantuk. Ditolak naik ke wad semula jam 7.MAMAI.

Aku yang masih lalok

15/8/19 - jam 12.30 mlm nurse kejut suruh suami keluar. Tidak bole menunggu wad wanita. Mmg xkasi suami blik sbb takut tgh mlm menggigil sakit.. Tp nurse dh suruh kuar suruh suami tido kt surau. Pasang ngaji terlelap. Kul 2 pg terkejut tetiba badan menggigil sekali lg. Kebetulan nurse lalu check temperature tekanan darah. Ok. Kul 5.30 pg nurse dtg check tekanan darah lg. Nurse lap badan & ganti baju. 

Menunggu doktor datang check, sebab aku masih dipasang bag urine bagaimana nak berjalan. Aku gagahkan diri untuk kuat bangun berjalan ke toilet walaupun hakikat aku takut. 

Terima kasih nurse yang bantu aku nak solat dan ke tandas tukar pad sebagainya. 

Aku dibenarkan pulang selepas jam 5.

Lega dapat balik jumpa anak2 yang dah tiga hari tak jumpa. Rindu Humam 

Abaikan background picture


No comments:

Post a Comment