Friday, December 9, 2011

Happy Birthday Nijla



 Ini kek birthday Nijla yang ke 4 tahun. Happy Birthday Sayang..Semoga sentiasa diberi kesihatan tubuh badan, menjadi anak yang solehah, mendengar kata, petah, bijak dan semua yang baik2 untukmu..9/12/2011

Wednesday, December 7, 2011

Minggu Yang Sibuk

 Kek ini untuk cik Zalifah Alias. Maaf jika ada kekurangan..Tak sangka bunga merah yang cantik tu luntur rupanya...Delivery 7/12/2011.

Monday, November 28, 2011

Tiramisu Birthday Iqraq


Malam ni nak pegi tido umah Acik Jue kerana En. Fadzil nak pegi outstation ke Sintok esok. Mulai esok anak-anak akan dijaga oleh Cik Non untuk tiga hari. Dan mulai esok juga aku terpaksa berdikari tanpa suami disisi untuk menguruskan anak-anak. Rasa macam nak kene tinggal setahun lak..huhu..

Jadi nak menggembirakan hati malam ni nak sambut besday Pak Su Iqraq. So Happy birthday Pak Su Iqraq. Sambutan diawalkan, sepatutnya 1 Disember.....hehehe... Tiramisu ni pakai original recipe, tak de modified ingredient.

Sunday, November 27, 2011

Tiramisu Ma'al Hijrah 1433


Hari ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah, terciptalah kek keju Mascarpone yang diidamkan sejak 3 bulan lepas.

Resepi asal menggunakan kopi sebagai pencetus rasa, tapi ini ada 2 versi: yang loyang besar perasa Nescafe, yang kecik perasa Milo (sebab anak-anak nak makan).

Texture dia amat gebu dan ringan. Ditambah dengan rasa manis, pahit (serbuk koko + kopi segera), creamy & tak muak sebab dia ringan (tak macam Oreo Cheesecake).
 
Satu adunan selambak penuh mixing bowl, dapat bahagi 2 loyang 8 inci & 6 inci.




Rasa xsaba nak rasa kek tiramisu ni...sampai tido pun mimpi tiramisu...hehehe..seronok baking ni kalau hasilnya memang menggembirakan...

Saturday, November 26, 2011

Kek Lapis With Fresh Fruit



Kek hantaran untuk abang kepada Liyana. Kek lapis bercoklat chip bertatahkan buah-buahan segar yang dipagari kepingan coklat susu. Dipamerkan dalam kotak lutsinar berhias.



Bunga-bungaannya bukan bunga segar. Rama-ramanya pun bukan rama-rama segar.

Wednesday, November 23, 2011

Hati yang lara..

Dekat mana lagi nak luah rasa selain dari luah pada kawan2 dan keluarga terdekat..?Sakit kepala dok fikirkan masalah hati dan perasaan orang...tapi orang tak pernah nak fikirkan masalah hati dan perasaan kita...

Tuesday, November 22, 2011

Brownies with topping Marble Coklat Cheese & Blueberry


 Brownies With Marble Chocolate Cheese & Blueberry Topping
for Ct Aini

Atas permintaan sebiji brownies ada dua rasa. Betul jugak jimat sikit sebiji brownies di toppingkan dengan dua rasa. Sebelah original topping, sebelah lagi di letakkan dengan blueberry filling untuk topping. Ermmm..entah apa lah rasanya..tuan punya badan pun tak pernah rasa lagi..kalau bab makan memang tak puas makan lagi..tapi suami dah jemu dah padahal baru berapa kali jer buat untuk makan..lainnya buat kerana ada tempahan..

 DF Chocolate Cake

Ini pulak kek hadiah untuk Encik Khairul yang telah bertukar ke Pejabat Naib Canselor. Selamat Maju Jaya la..


Keknya nipis jer. Tapi rasanya best..sebab ditopping dengan cream cheese dan disalut topping coklat ganache...pandangan sisi..