Sejak mengandung anak yang keempat, mama dah mula berhenti baking. Ayah kata tunggu la anak besar sikit. Mama kata "okay".
Kadang aku mula rindu untuk baking. Tapi apakan daya bahan - bahan semua perlu dibeli yang baru. Stok yang ada semua dah berkulat dan expired.
Kadang tu jenguk juga di supermarket, Mak ai!! mahalnya bahan-bahan sekarang. Jadinya pendamkan aja la untuk mula baking.
Suatu hari Mama jalan-jalan kat Tesco Setia Alam. Lama dah booth menjual mesin jahit tu buka rasanya. Mama buat tak tau jer. Tapi hari tu tah macam mana Mama teringin nak dekat booth tu. Penerangan demi penerangan diberi oleh salesgirl. Mama dah mula tertarik dan excited.
Mama pujuk Ayah untuk ambil mesin jahit secara ansuran. Mulanya Ayah berat nak benarkan Mama buat komitmen lagi. Tapi Mama berusaha pujuk Ayah.
Akhirnya Ayah benarkan Mama untuk ambil mesin jahit dengan bayaran deposit RM 200.00 dan ansuran bulanan RM300.00. Harga promosi katanya dari harga RM3699.00 jadi RM2699.00 percuma kelas jahitan selama setahun (dalam pakej ni Mama dapat Mesin Jahit Ringgo + 14/15 Tapak + Extension Table + Set bahan jahitan termasuk bahan untuk kusyen tulip).
Penghujung Januari 2016 memberi Mama perasaan berbunga-bunga dan excited. Bila Ayah kata dah boleh ambil mesih jahit.
31 Januari 2016 bermulalah rutin hujung minggu Mama dimana setiap Sabtu dan Ahad, Mama akan pergi kelas jahit di Pusat Latihan Jahitan Epal Klang.
Hari pertama Mama di kelas jahitan, Zero basic.
Mama diberi tugasan untuk buat sarung Kusyen Tulip yang mengguna teknik Quilting. Wah! Mama bertambah excited.(nanti Mama upload hasil kusyen tulip). Masa nak buat kusyen ni Mama kena beli barang-barang jahitan berharga RM422.60 (dalam set ni ada Embroidery Needle, Cutting Mat, Loop Tunner set, Peniti Patchwork, Magic Pen, Dress Making Scissors, Paper Scissor, Rotary Cutter, Quilting Ruler, Stiletto Awl, Finger Presser)
Okay Mama ni Zero basic kan. Lepas tu Mama di ajak untuk join kelas Beg Jeans (beg jenas tak siap lagi nanti dah siap Mama upload hasilnya ye). Wah! lagi Mama excited.
Mama juga dah belajar Magic Start (Hair Clip dan Key Chain) menggunakan Mesin Sulam Janome memory Craft 350E.(Pic Mama Upload kemudian ye).
Tudung Hanana menggunakan Mesin Jahit Tepi Janome - MyLock 744D. (hasil tudung Mama upload kemudian juga ye).
Dok sembang-sembang dengan tenaga pengajar baru lah Mama faham. Dengan kelas percuma ni peserta perlu complete 12 projek selama 12 bulan untuk dapatkan sijil kemahiran. Satu bulan satu projek la.
Masa tu dah hujung bulan Februari. Mama pun apa lagi gelabah la tertinggal projek untuk bulan Februari. Dengan pantas Mama pun minta nak buat projek bulan Februari dengan beli bahan projek berharga RM113.40.
Okay nak cerita Projek Bulan Februari ni Mama kena buat Skirt Patchwork (ermm apa benda patchwork ni?) Patchwork is pieced work" is a form of needlework that involves sewing together pieces of fabric into a larger design. The larger design is usually based on repeat patterns built up with different fabric shapes (which can be different colors) -meaning by pakcik google.
Dalam bahan projek bulan Februari ni Mama kena buat projek mini iaitu Bag Skirt Patchwork Mini. bermula la sesi mengukur dan memotong kain untuk buat projek ni. (hasilnya nanti Mama upload)
Dah siap projek mini Mama. Bermula la challenge untuk buat projek sebenar. Oleh kerana hendak mengejar date line. Mama meluangkan masa selepas balik kerja menjahit di rumah. Akhirnya Taraa..siap juga projek bulan Februari Mama. Skirt Pacthwork.(Pic upload kemudian)
Sekarang ni Mama tengah pening macam mana nak ukur dan potong kain untuk projek bulan Mac. Oh lupa projek bulan Mac Mama kena buat Seluar Palazzo. Projek mini Arm Awnning (projek mini dah siap nanti Mama upload pic).
Sambung kemudia la ye, banyak pic tak upload sebab Mama tak sempat nak snap lagi.
Tuesday, March 8, 2016
Friday, August 22, 2014
Menunggu Hari 37w5d
Aku pun buat survey la juga set bersalin ni. kali ni emak xder nak buat aku mandian daun-daun lepas bersalin. Kene la cari alternatif. Nak sedia duit jer la. Nak cari tukang urut. Nak cari tukang jaga lepas pantang...Rasa pilu dimana esok hari ke 40 kedua ibubapaku telah meninggalkan segala harta dunianya.
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanMu ini...Tiap kali ku teringatkan kedua ibubapa ku terasa seperti diri ini juga bagai melayang bersama...Jangan lah Kau abaikan aku dengan perasaan yang melampau..sesungguhnya aku sangat RINDUKAN MEREKA....
Friday, July 25, 2014
Kenangan Bersamamu...EMAK BAPAK...kami semua merinduimu..
Tragedi 15 Julai 2014 Bersamaan dengan 17 Ramadhan 1435, Emak dan Bapak telah pergi buat selama-lamanya. Emak dan Bapak terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas melawat anak angkatnya di Benta, Raub, Pahang.
Kami adik-beradik, menantu, cucu, sahabat handai serta ahli keluarga yang lain sangat terkejut dan sangat sedih kehilangan kamu berdua. Kami masih terasa senda gurau kamu berdua bila kami pulang ke kampung.
Maafkan kami adik-beradik yang banyak telah menyusahkan kamu berdua...kenangan bersama kamu berdua tidak dapat kami semua lupakan hingga akhir hayat.
Kami semua akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu berdua di sana...
Al Fatihah :
Kenangan selepas pernikahan anakmu..
Sayang Bapak..Sayang Emak..
Mendoakan jodoh anakmu kekal sehingga akhirat..
Kenangan bersama ibubapa mertuaku
Kau serahkan anakmu pada insan yang bergelar suami
Kenangan Hari Raya Aidilfitri tahun 2007
Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2010
Emak Bapak Mama Abah....
Thursday, June 5, 2014
Setting 3 Tier Wedding Cake for My Niece
Ini pula kek coklat moist with variety coklat with fresh strawberry lagi tu..Siap pagar segala..Kek ini untuk dulang hantaran.
Dari atas : Rainbow Cake, size 8". Tengah : Carrot Walnut Moist Cake, size 9" dan Bawah : Red Velvet Cake, size 10" . All the cupcake is Red Velvet. Kesemua kek ini disalut dengan cream cheese. Ermmmm...Yummy...
Walaupun ikutkan 2014, MamaInTheKitchen ingin berehat seketika. Oleh kerana anak buah nak kahwin digagahkan juga buat kek 3 tingkat ni. Siap dengan cupcake lagi tu.
Untuk order-order lain masih ditutup yer..coz MamaInTheKitchen cepat penat sekarang.
Setakat nak makan sendiri Mama gagahkan jugak la..nak beli tak ikut selera tekak pulak..
Jadi sesiapa yang nak order kek tu harap bersabar yer...tunggu sehingga Mama buka order semula.
Lagipun masih ramai lagi baker lain yang boleh ambil order anda.
Tirai 2014
![]() |
Ya Allah Kau yang maha mengetahui
Ya Allah kau lindungilah anak yang sedang ku kandung ini
Ya Allah kau berikanlah ia kesembuhan, kesembuhan yang tidak mendatangkan kemudaratan
Ya Allah bentuklah anakku itu dengan bentuk yang sempurna
Ya Allah permudahkanlah proses kelahirannya nanti
Ya Allah jadikanlah ia sebagai anak yang sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu, bersih dan sebagai mukmin yang soleh dan solehah
Ya Allah jadikanlah ia selalu tekun mengerjakan kebaikan dan dapat menziarahi masjid Al-Haram
Ya Allah elokkanlah budi pekertinya, fasihkanlah lidahnya dan baguskanlah suaranya untuk membaca ayat-ayat suciMu
Aminn....
Aminn....
Sunday, November 4, 2012
How to make a fondant teddy bear {Tutorial} From Blog Cake Trails
1. Make a large tear-drop shape for the bear's body.
2. Make a smaller oval shape for the head.
3. For the legs, start with a tear drop shape and then using your thumb and forefinger, pinch the bottom part of the tear-drop to shape it into a foot. This is shown in Picture 3 (before and after).
4. Make longer tear-drop shapes for the arms.
Now that we have the main parts done, it's time to piece teddy together.
5. Gently stick a piece of spaghetti or a toothpick into the bear's body. If you're using a toothpick, then please let whoever it is you're giving the bear to know about it. Otherwise a spaghetti stick would be safer and edible. Attach the legs with a bit of water from a brush to the bottom of the body. Attach the arms around the top of the body with some water too. You can arrange how you want your arms to hang. Mine are going to hold a heart.
6. For the head, flatten a small ball of fondant for the snout. Use 2 tear-drop shapes for the ears. Attach the ears by poking a small hole into the sides of the head and inserting the ears with a bit of water. I usually like to flatten them out a bit more once they're attached and make them more oval. You can also use a ball tool to imprint a small dent into each ear if you like.
7. Run a stitching tool up the bear's front body, over the top and bottom front of the head and snout. If you don't have a stitching tool, use a knife to gently run a line or a toothpick to poke holes along like a stitch. Or you can leave this step out. I used the broader end of a piping tip as a curve to indent a smile on the snout. Now gently attach the head to the body with a bit of water, poking it into the toothpick (or spaghetti).
8. Add final details for the eyes and nose with a bit of black or brown fondant (or even blue, your choice!). For the nose, roll a piece of fondant in the shape of an oval (or triangle), and for the eyes, two tiny balls of black fondant. I made the heart by rolling a tear-drop shape then denting the broader part with a toothpick. Shape it to the way you like it. I used a couple of heart sprinkles for the bottom of the feet.
And that's it, your bear is complete! Add your own personality to it by changing colour or size. Have fun and do let me know how it turns out! :)
If you found this tutorial useful, I would appreciate some comments on it. Thanks!
Subscribe to:
Posts (Atom)






